Mahkamah benarkan lucut hak prabayar Digi RM3.4 juta - Utusan Malaysia

Mahkamah benarkan lucut hak prabayar Digi RM3.4 juta

Digi
V. Muraliharan (kiri) menghadiri pendengaran permohonan SPRM untuk melucut hak RM3.4 juta kepada kerajaan dekat Mahkamah Sesyen, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak wang berjumlah RM3.4 juta daripada 773 akaun prabayar milik 533 pelanggan Digi Telecommunication (Digi) Sdn. Bhd., hari ini.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan selepas menerima permohonan itu daripada Timbalan Pendakwa Raya, Allan Sumai Pillai dan Mohd. Shahrom yang dibuat di bawah Seksyen 407 Kanun Tatacara Jenayah ke atas Digi sebagai responden.

Wang tunai tersebut disita daripada responden yang didakwa merupakan harta berkaitan dan merupakan perkara kesalahan yang digunakan dan disimpan berkaitan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Timbalan Pendakwa Raya dalam permohonannya memaklumkan kesemua baki wang itu digunakan pelanggan bukan genuine (asli) yang menyalahi undang-undang seperti berjudi.

“Terdapat 900 akaun dengan 127 (60 pelanggan) daripadanya tidak melibatkan aktiviti haram dan pihak Digi pulangkan sejumlah lebih RM835,639.43 kepada para pelanggannya. Jadi, permohonan itu melibatkan aktiviti-aktiviti haram daripada baki akaun pelanggan lain (553 akaun prabayar) berjumlah lebih RM3.4juta,” katanya.

Bagaimanapun, Digi yang diwakili Penasihat Kanan Undang-Undangnya, V. Muraliharan di hadapan Rozilah memberitahu wang tersebut merupakan baki dalam akaun prabayar pelanggan.

Hakim: Baki wang kad prabayar pelanggan yang disekat?

Muraliharan: (Itu) merupakan baki wang dalam akaun prabayar setiap pelanggan.

Hakim: Setiap permohonan ada afidavit. Kalau ada bantahan perlu dijadikan dalam bentuk afidavit jawapan. Ada tak?

Muraliharan: Tiada

Berdasarkan afidavit permohonan, responden menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat serta mendapatkan maklumat tambahan berkaitan ketidakpuashatian oleh pelanggan Digi yang menerima pesanan mempelawa mereka menyertai judi secara atas talian.

Bagaimanapun, responden memaklumkan syarikatnya tidak menyediakan platform untuk judi secara dalam talian dan tidak mempunyai akses kepada platform terbabit seperti Republik GG yang dikawal sepenuhnya oleh syarikat Inonex.

Namun, responden memaklumkan tidak dapat mengesan sekiranya berlaku tambah nilai untuk judi dalam talian.

Justeru, hasil siasatan SPRM mendapati, terdapat pengguna kad prabayar yang mempunyai nilai baki kredit yang mencurigakan kerana nilai baki tersebut terlalu banyak dan dipercayai digunakan untuk tujuan kegiatan pengubahan wang atau aktiviti haram.

Pada November 2020, SPRM menyita baki kredit prabayar yang mempunyai baki melebihi RM3,000 ke atas melibatkan 593 pelanggan dengan 900 akaun yang jumlah keseluruhannya bernilai RM4.2 juta.

“Pihak SPRM juga mengarahkan responden untuk mengeluarkan notis sebanyak empat kali kepada pengguna tersebut dan memaklumkan kepada mereka untuk membuat tuntutan terus dengan SPRM dalam tempoh 30, 60 dan 90 hari bermula 21 November 2021 hingga 15 Jun 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya