Lupakan dendam politik, utamakan rakyat

Lupakan dendam politik, utamakan rakyat

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tidak sedikit pun menyimpan dendam terhadap pihak yang cuba mengulingkan kerajaan pada awal bulan lalu.

Sebaliknya, beliau mahu fokus kepada kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, sokongan Barisan Nasional (BN) terhadap kepimpinannya di peringkat negeri Sabah akan membolehkan kerajaan negeri bertambah kukuh seiring dengan konsep kerajaan perpaduan yang dipelopori Perdana Menteri.

“Dalam politik ini janganlah dendam-dendam, kepentingan rakyat dan juga negeri Sabah jauh lebih penting.

“Jadi, pemimpin-pemimpin ini harus fokus kepada penyatuan rakyat dan juga pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak agar rakyat mendapat manfaatnya. Inilah tujuan kita berjuang dan politik,” katanya selepas merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendirian BN untuk kekal menyokong kepimpinannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Menurut Hajiji, segala rundingan yang mahu dilakukan oleh BN akan dilakukan kemudian kerana fokus harus diberikan kepada pembangunan Sabah terlebih dahulu.

Mengenai lantikan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan sebagai wakil BN untuk berunding, Hajiji berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah mengenai lantikan itu kerana apa yang penting ia mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

“Bagi saya, saya terbuka dalam hal seumpama ini kerana niat saya untuk sejahterakan dan menyatupadukan rakyat.

“Kita mahu fokus kepada pembangunan negeri seperti yang telah kita telah dirancang sejajar dengan program SMJ (Sabah Maju Jaya),” katanya.

Pada Ahad, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyatakan bahawa BN akan terus menyokong dan mendukung kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

BN turut menamakan Yakub Khan untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan kerajaan perpaduan Sabah.

Pada 6 Januari lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak menarik sokongan daripada Hajiji.

Walau bagaimanapun, cubaan rampasan kuasa di peringkat negeri itu gagal apabila sokongan yang diterima Bung Moktar tidak mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya