LPF buka cadangan garis panduan penapisan filem baharu - Utusan Malaysia

LPF buka cadangan garis panduan penapisan filem baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Penapis Filem (LPF) mengalu-alukan pandangan dan input daripada pemain industri sebelum memperkenalkan garis panduan penapisan filem baharu, tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd Dusuki Ya’acob berkata, pemain industri boleh menghantar cadangan atau input berhubung pelaksanaan baharu garis panduan menerusi e-mel atau secara terus.

“Kami dalam fasa terakhir untuk menggariskan panduan penapisan filem sejajar dengan klasifikasi baharu yang diperkenalkan. Tetapi, pada masa sama, kami memerlukan maklumat dan input daripada penggiat industri.

“Selepas mengumpul input tersebut, LPF akan membuat perbincangan dan membawa kepada pihak pengurusan sebelum dihantar ke kementerian untuk tindakan pewartaan garis panduan baharu.

“Pemain industri boleh menghantar cadangan menerusi e-mel. Malah, kami sedang dalam proses menyediakan laman sesawang khas bagi tujuan tersebut. Boleh juga menghantar secara terus atau melalui persatuan,” katanya.

Mohd. Dusuki berkata demikian selepas sesi Taklimat LPF berkenaan Pelaksanaan Klasifikasi Filem 2023 yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Dalam pada itu, Mohd. Dusuki berkata, klasifikasi baharu yang diperkenalkan bermula 1 Februari lalu adalah hasil kajian LPF sejak 2019 selepas mengambil kira pelbagai input dan cadangan penggiat seni.

“Kita juga menjadikan industri filem global sebagai rujukan kerana mereka sudah membuat perubahan ke atas klasifikasi filem sesuai dengan peredaran masa.

“Sebelum menetapkan klasifikasi baharu, kami berurusan dengan penggiat industri dengan mengambil kira input dan pandangan daripada mereka.

“Selepas memperkenalkan klasifikasi baharu, tidak banyak persoalan ditimbulkan pada sesi taklimat kerana mereka sudah jelas mengenai pelaksanaannya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya