Lelaki warga Myanmar maut kereta terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki warga Myanmar maut kereta terbabas

KEADAAN kereta dipandu mangsa yang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 258.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Myanmar maut setelah kereta dipandunya terbabas di Kilometer 258.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Nahas itu mengakibatkan Min Myo Htet, 20, mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, maklumat kemalangan membabitkan kereta Proton Gen 2 itu diterima pada pukul 2.15 petang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi di bahu jalan sebelah kiri.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing dan pemandu pula tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh di lorong kanan.

“Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan ketika cuaca hujan itu berlaku di jalan selekoh, sehala dua lorong dan dipisahkan penghadang batu.

“Siasatan mendapati, punca kemalangan ekoran kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri. Nahas itu menyebabkan kereta mangsa rosak teruk terutama di bahagian hadapan dan belakang.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.