Lelaki ditikam pesakit mental stabil

Lelaki ditikam pesakit mental stabil

S SASIKALA DEVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang ditikam seorang pesakit mental dalam kejadian di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Selayang, Gombak dekat sini, berada dalam keadaan stabil dan sedang berada di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa telah diberikan rawatan kecemasan dan telah menjalani pembedahan dengan kadar segera.

Pemangku Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi berkata, suspek yang juga lelaki tempatan berusia 22 tahun juga telah ditahan polis dan ditempatkan di wad psikiatri Hospital Selayang.

“Akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada dada kiri dan kanan badan serta bahagian belakang badan.

“Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan terbaharu mengenai kejadian itu memaklumkan pihaknya akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang diberikan rawatan terbaik.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau bersama Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Selayang, Dr. Afidah Ali serta pasukan doktor yang merawat mangsa telah bertemu keluarga mangsa.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan di Twitter berkata, kejadian tikaman itu dilakukan oleh seorang pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.

Beliau berkata, kementerian akan mengkaji semula prosedur operasi standard bagi pesakit yang mengalami gangguan mental. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya