LBS, Goodnite tawar program ubah suai rumah bernilai RM150,000

LBS, Goodnite tawar program ubah suai rumah bernilai RM150,000

PENGARAH Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim (tengah) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Goodnite International Sdn. Bhd, Teo Yek Ming (kanan) dan Duta Tilam Goodnite, Siti Saleha pada pelancaran LBS Home Makeover by Goodnite di KITA @Cybersouth Galeri. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: LBS Bina Group Bhd (LBS) dan Goodnite menjalin kerjasama melalui program kesetiaan pelanggan di mana pemilik kediaman LBS secara eksklusifnya berpeluang memenangi ubah suai rumah bersama Goodnite bernilai RM150,000.

Program dikenali ‘Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite’ itu berlangsung dari 3 Januari lalu sehingga 30 April depan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, program ubah suai itu terbuka kepada semua pembeli rumah LBS dan pemenang bertuah berpeluang mengubah suai pilihan reka bentuk ruang tamu sehingga ke set bilik tidur yang dianggarkan bernilai RM25,000.

Beliau berkata, memiliki sebuah rumah adalah satu pencapaian menakjubkan, namun pihaknya faham bahawa masih banyak lagi langkah perlu diambil selepas mendapat kunci rumah idaman.

“Sebahagian besar daripada simpanan wang perlu digunakan untuk menghias dan mengubah suai rumah, malah ia juga kos yang tidak dijangka.

“Selama bertahun-tahun, LBS memperkenalkan pelbagai pakej kelengkapan rumah yang menawarkan pengalaman yang mudah, tanpa kerumitan dan mesra dompet.

“Melalui kerjasama ini, kita berpeluang melihat pemilik rumah LBS bertuah mengubah suai rumah mereka, bahkan memilih ruang atau bahagian rumah yang difikirkan sesuai untuk mendapat sentuhan ubah suai serta penataan perabot yang bersesuaian,” katanya.

Katanya, semua pemilik rumah di projek-projek LBS secara automatik layak untuk menyertai kempen ubah suai ini.

Hock San berkata, untuk terpilih sebagai pemenang bertuah, pemilik rumah LBS hanya perlu mengambil gambar ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur yang difikirkan perlu pengubahsuaian.

Menurutnya, gambar itu kemudian perlu dimuat naik gambar itu ke homemakeover.lbs.com.my, melengkapkan slogan dan ikuti serta klik ‘suka’ di platform laman media sosial, Facebook dan Instagram LBS.

Goodnite International Sdn Bhd (Goodnite Group) adalah syarikat ternama dalam pembuatan, perusahaan dan pengedaran produk barangan kelengkapan bilik tidur dan perabot dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya