Ladang ternakan punca Sungai Lereh tercemar

Ladang ternakan punca Sungai Lereh tercemar

LIM BAN Hong bersama penduduk Taman Bukit Rambai, Melaka meninjau Sungai Lereh yang tercemar bertukar hitam dan berbau busuk. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam apabila warna air bertukar hitam dan berbau busuk berpunca daripada kumbahan najis ternakan lembu di Kampung Bukit Belian dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, laporan awal Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, sampel air sungai yang telah dianalisis mendapati, pencemaran berpunca daripada kumbahan lembu dan bukannya dari Pusat Pelupusan Sampah di Sungai Udang.

“Semalam saya terima aduan daripada penduduk setempat berhubung pencemaran air Sungai Lereh yang bertukar warna hitam gelap.

“JAS datang mengambil sampel air sungai dan laporan awal mereka mendapati, pencemaran itu berpunca daripada penternakan lembu dan kambing serta sangkar ikan.

“Sepatutnya, setiap ladang ternakan mempunyai kolam kumbahan mengikut spesifikasi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS),” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Bukit Rambai di sini hari ini.

Ban Hong berkata, JAS dan DVS akan melakukan operasi bersepadu untuk meninjau kolam kumbahan di ladang ternakan itu dan melihat pengendaliannya.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan air najis ternakan tidak lagi dibuang tanpa dirawat ke Sungai Seberang Gajah dan masuk ke Sungai Lereh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.