KPM ganti blok bangunan daif 830 sekolah

KPM ganti blok bangunan daif 830 sekolah

MASALAH sekolah daif berlaku sejak 20 tahun lalu, apatah lagi membabitkan bangunan yang dibina daripada kayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan projek penggantian blok bangunan daif di 830 buah sekolah di seluruh negara.

KPM menerusi kenyataan hari ini berkata, jumlah blok bangunan daif itu diperoleh setakat 31 Januari lalu yang mana kesemuanya berada pada skala 6.

Menurutnya, bangunan-bangunan itu daif dikesan melalui analisis skor gred impak yang dijalankan KPM dan ia akan diutamakan bagi pelaksanaan projek ini.

“Projek yang diangkat untuk kelulusan pelaksanaan terdiri daripada senarai sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7.

“Bilangan bangunan daif ini adalah dinamik selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi teknikal,” katanya.

Katanya, KPM komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid serta warga sekolah di seluruh negara.

Jelasnya lagi, KPM menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keseriusan kerajaan dalam menangani isu sekolah daif.

“KPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dalam isu tersebut.

“Kenyataan Perdana Menteri itu selaras dengan tujuh aspirasi KPM sebelum ini iaitu memberi perhatian kepada pembangunan sekolah daif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×