Konsert dengan Nazrey? Saya tak tahu apa-apa - Che Am - Utusan Malaysia

Konsert dengan Nazrey? Saya tak tahu apa-apa – Che Am

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “No comment,”

Itu jawapan anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris, 54, berhubung khabar angin mengenai persetujuan antara anggota kumpulan tersebut dengan bekas vokalisnya, Nazrey Johani untuk berkongsi pentas dalam sebuah konsert menjelang akhir tahun ini.

Jelas Che Amran, dia enggan mengulas kerana tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini. Jadi, no comment,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Komposer, Farihin Abdul Fatah dalam satu laporan diterbitkan Utusan Malaysia, semalam memaklumkan telah dihubungi pihak penganjur yang berminat untuk menyatukan semula kesemua anggota kumpulan tersebut.

Jelasnya, penganjur berkenaan telah mendapat persetujuan Raihan dan meminta kebenaran untuk menghubungi Nazrey bagi membincangkan tentang konsert yang mungkin akan diadakan selepas sambutan Aidiladha itu.

Seorang lagi anggota Raihan, Abu Bakar Md. Yatim pada masa sama, mengulangi pendirian Che Am untuk tidak memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.

“Kalau beri komen, ia akan dipanjang-panjangkan,” katanya.

Kumpulan legenda itu bakal tampil dalam konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari ini.

Tiket berharga antara RM95 hingga RM500 masih dijual di laman sesawang www.ticket2u.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya