Klasifikasi Filem 2023 perkenal tiga kategori baharu

Klasifikasi Filem 2023 perkenal tiga kategori baharu

KLASIFIKASI Filem 2023 berkuat kuasa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) memperkenal Klasifikasi Filem 2023 dengan menetapkan tiga klasifikasi baharu iaitu P12, 13 dan 16 berkuat kuasa hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, P12 ditetapkan bagi semua penonton peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton berusia di bawah 12 tahun.

Beliau berkata, bagi kategori 13 pula, ia adalah klasifikasi penonton berusia 13 tahun ke atas manakala kategori 16 adalah bagi penonton berumur 16 tahun ke atas.

“Klasifikasi Filem 2023 itu juga masih mengekalkan dua klasifikasi sedia ada iaitu kategori U (penonton semua peringkat umur) dan 18 (penonton yang berumur 18 tahun ke atas) yang diperkenalkan sejak 2012.

“Penetapan klasifikasi itu dibuat berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan mengambil kira industri perfileman dan penyiaran di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, penentuan klasifikasi filem itu bertujuan memelihara kebebasan penonton dewasa untuk memilih filem yang ingin ditonton dan melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun daripada terdedah dengan kandungan filem tidak sesuai.

Saifuddin berkata, pengkelasan itu juga dibuat bagi menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam  membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya