Khidmat Haim ditamatkan awal kerana ada aduan - Khaled - Utusan Malaysia

Khidmat Haim ditamatkan awal kerana ada aduan – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN (kiri) mendengar penerangan tentang dron ketika melawat pameran penyelidikan sempena lawatan ke UTM, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan memendekkan tempoh perkhidmatan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan dibuat secara sesuka hati, tetapi mempunyai asas tersendiri.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu diambil terhadap Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah selepas pihak kementerian menerima aduan daripada pensyarah dan Lembaga Pengarah universiti berkenaan pada tahun lalu.

“Penyingkatan tempoh bekas Naib Canselor itu bukan kerana suka-suka tapi ada asasnya, tapi tak perlulah saya nyatakan apa sebab dan puncanya.

“Sebenarnya, terdapat aduan daripada pensyarah dan Lembaga Pengarah Universiti berkenaan tetapi tak payahlah kita dedahkan, tapi ada siasatan dibuat.

“Pertukaran itu hanya melibatkan penyingkatan tanggungjawab sebagai Naib Canselor sahaja, dia masih menjadi pensyarah di fakultinya, bukannya bermakna dia dibuang,” katanya ditemui selepas mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh serta Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Pada 20 Disember lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan memaklumkan tempoh perkhidmatan Haim Hilman sebagai Naib Canselor UUM dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memberitahu, setakat ini hanya jawatan bekas Naib Canselor UUM itu sahaja yang ditamatkan lebih awal.

“Setakat ini, tindakan memendekkan perkhidmatan Naib Canselor itu melibatkan UUM, tidak ada melibatkan universiti lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya