Khaled pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Khaled pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti 2023.

Jawatan itu adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan dalam pemilihan kali ini setelah kerusi Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Saya kekal mempertahan jawatan (Naib Presiden UMNO),” katanya ringkas kepada pemberita.

KHALED NORDIN

Khaled menyandang jawatan itu bersama dua lagi pemimpin iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan Dr. Muhamad Akmal Saleh antara calon Ketua Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dan dijangka berentap dengan anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Mohd Nazifuddin setelah Shahril Sufian Hamdan digantung oleh parti selama enam tahun.

Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari hingga 18 Mac ini dengan persidangan tahunan cawangan dan pemilihan jawatankuasa cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan ialah pada 1 hingga 26 Februari ini.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian bersama pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri UMNO pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan jawatankuasa UMNO bahagian bersama pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya