Kesesakan Bandar Saujana Putra selesai Disember ini - Utusan Malaysia

Kesesakan Bandar Saujana Putra selesai Disember ini

Bandar Saujana Putra
IZHAM Hashim meninjau projek pembinaan jejambat itu di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kira-kira 60,000 pengguna pengguna dan penduduk di Bandar Saujana Putra perlu menghadapi kesesakan dari susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berikutan penyelesaian kerja pembinaan jejambat di bulatan kawasan tersebut lewat hingga hujung tahun ini.

Pembinaan jejambat tersebut termasuk melibatkan pengalihan utiliti di bawah permukaan jalan raya dan kerjasama antara konsesi lebuh raya yang berjaya diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Izham Hashim berkata, kerja pembinaan jejambat bernilai RM60 juta yang tergendala sebelum ini disambung semula.

“Saya memahami kesulitan dialami  penduduk setempat yang terpaksa menempuh kesesakan setiap hari terutama pada waktu puncak.

“Kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan bagi mengatasi masalah itu dan dijangka selesai hujung tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Izham meninjau perkembangan projek pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra itu bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Tambah beliau, pihaknya akan memantau projek itu secara berterusan menerusi laporan bulanan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kesesakan di laluan yang menghubungkan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Bandar Rimbayu itu kerap berlaku pada waktu puncak iaitu pagi dan petang.

Keadaan itu turut disumbang oleh peningkatan trafik apabila susur berkenaan dijadikan sebagai laluan pintas menuju ke Putrajaya, Shah Alam dan Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya