Kes Jana Wibawa: Bersatu terima peletakan jawatan Wan Saiful - Utusan Malaysia

Kes Jana Wibawa: Bersatu terima peletakan jawatan Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Penerangan parti berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu setelah berjumpa Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor pagi tadi, namun, satu surat peletakan jawatan rasmi akan dihantar kepadanya hari ini.

“Saya sudah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan berkuat kuasa hari ini oleh Wan Saiful ketika berjumpa pagi tadi.

“Beliau akan hantar surat hari ini, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas pelancaran Misi dan Dana Bantuan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) – Gempa Bumi Turkiye dan Syria di Parlimen hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya