Kereta hantar barang parcel dibom - Utusan Malaysia

Kereta hantar barang parcel dibom

Kereta dibom
BERLUBANG keadaan bumbung sebuah Perodua Myvi akibat dibom dalam satu kejadian dekat Padang Jawa di Shah Alam, Selangor pada Jumaat minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan untuk hantar barangan parcel dibom dalam satu insiden letupan dekat hadapan rumah pemiliknya di Padang Jawa, awal pagi Jumaat minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.01 pagi.

“Isteri mangsa memberitahu dia ternampak percikan api pada kereta dan selang dua minit kemudian, mangsa keluar dari rumah untuk memeriksa keadaan luar rumah (yang pada ketika itu) dipenuhi asap.

“Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi ketika mangsa yang berumur 35 tahun itu sedang berada di ruang tamu rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, susulan itu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan forensik Bukit Aman daripada Unit Pemusnah Bom telah hadir membuat pemeriksaan terhadap insiden berkenaan.

Jelas Mohd. Iqbal, hasil siasatan awal mendapati bumbung kereta mangsa berlubang dipercayai akibat kesan gelombang letupan berdasarkan kesan lekukan besi bumbung yang masuk ke dalam kereta.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati bom itu dibuat oleh orang yang ada pengetahuan tentang bom dan bahan letupan jenis low explosive ( seperti serbuk belerang).

“Teknik yang digunakan yang menyebabkan letupan adlaah teknik bakar kerana (anggota polis) menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut turut disedari jirannya yang mendengar letupan kuat pada waktu tersebut, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian.

“Sehingga kini polis merakam percakapan 10 orang saksi untuk membantu siasatan kes terbabit. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 0122666025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya