Kerajaan Perpaduan peroleh dua per tiga pengundi Melayu

Kerajaan Perpaduan peroleh dua per tiga sokongan pengundi Melayu – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan memperoleh dua per tiga sokongan pengundi Melayu dari keseluruhan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu hasil gabungan kekuatan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang merangkumi komponen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta komponen parti lain.

“Jika kalau itu keadaannya, kita yakin dengan dua per tiga Ahli Parlimen yang mewakili dua per tiga pengundi PRU15 lalu, kita dapat terus memimpin negara ini sebagai satu pasukan yang mantap dan menggunakan ruang yang ada membersihkan budaya rasuah dan membantu pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam sidang media petang ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Ibu Pejabat Keadilan di sini.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi PH, menafikan kononya PH hanya mendapat 19 peratus dukungan pengundi Melayu.

Beliau berkata, ia hasil data awal selepas  pihaknya menubuhkan satu pasukan untuk menganalisis perkara itu.

Malah, tegasnya, jika dakwaan 19 peratus itu benar, maka tidak mungkin PH dapat mencatat kerusi seperti mana yang direkodkan pada pilihan raya umum baru-baru ini.

“Berdasarkan kajian yang lebih terperinci secara menyeluruh, undi diperolehi pengundi Melayu secara keseluruhannya 31 peratus.

“Ada yang rendah seperti di Kelantan dan Terengganu. Ada mencecah lebih 50 peratus seperti di Selangor, diikuti Pulau Pinang, (manakala) Wilayah Persekutuan tertinggi dan Negeri Sembilan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.