Kerajaan negeri kecewa kejadian curi kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri kecewa kejadian curi kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak

GAMBAR tular dalam media sosial mengenai kejadian curi kabel lampu limpah Stadium Perak. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri kecewa berhubung kejadian kecurian kabel dan komponen lampu limpah Stadium Perak di sini menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, dia kecewa mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Apapun saya telah minta MBI untuk tingkatkan tahap dan ciri keselamatan di stadium agar insiden ini tidak berulang.

“MBI juga telah memaklumkan langkah segera telah dilakukan bagi membolehkan perlawanan pertama Liga Super antara Perak FC menentang Kedah Darul Aman FC dapat diadakan mengikut jadual,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Kejohanan Sanctband ITF World Tennis Tour, Women W15  di sini hari ini.

Insiden yang disedari pada hari Selasa itu tular dalam media sosial sehingga mengundang reaksi kurang senang peminat bola sepak Perak.

Terdahulu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin mengesahkan perkara itu dan MBI mengalami kerugian RM135,000 selepas bilik High Mast Pole No 3 di Stadium Perak dipecah masuk Selasa lalu.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, jurucakap Perak FC dalam Facebook mengakui kecewa dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan banyak halangan yang mereka hadapi sejak mengambil alih kelab itu.

Katanya, mereka tidak faham mengapa perkara seperti itu boleh berlaku.

“Nampak macam kehadiran kami tidak disukai oleh beberapa pihak, jika ianya benar. Kejadian yang menimpa ini sangat meragukan kerana saya rasa inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku .

“Ianya menjadi persoalan kenapa ianya terjadi adakah bertujuan untuk mengagalkan kehadiran peminat PFC?

“Sudah tentu pihak PFC amat memerlukan kehadiran yang ramai pada 25 Februari, lalu meyakinkan kami untuk menjadikan sukan bolasepak ini sukan yang mampan ekonomi .

“Ini perbuatan khianat. Sudah tentu kami akan membuat siasatan keseluruhan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak menganggu perjalanan kelab ,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya