Kerajaan bincang manifesto malam ini - Utusan Malaysia

Kerajaan bincang manifesto malam ini

KERAJAAN Perpaduan diketuai Anwar Ibrahim. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mencari titik persefahaman dalam menterjemahkan manifesto atau akujanji parti-parti kerajaan pada mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu merupakan antara agenda bagi terus memperkukuh kerajaan yang bukan hanya dari segi politik semata-mata.

Menurut beliau, mesyuarat malam ini juga merupakan pertemuan pertama kali sekretariat itu yang melibatkan lima parti gabungan Kerajaan Perpaduan meliputi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.

“Malah, mungkin selepas lebih daripada 25 tahun, ini adalah kali pertama (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim datang semula ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) sama-sama dengan parti lain.

“Apa yang penting bukan soal menjejakkan kaki, tetapi mahu melihat daripada 148 Ahli Parlimen Kerajaaan Perpaduan dapat mewujudkan kesepaduan terutama dalam tempoh lima tahun mendatang.

“Ia agar Ahli Parlimen daripada pelbagai parti dapat terus memperkukuh kerajaan yang ada kerana sejak Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) itu kali terakhir mana-mana kerajaan mempunyai suara dua per tiga majoriti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat program pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di sini.

Terdahulu, media melaporkan, Anwar dijangka hadir Menara Dato’ Onn malam ini bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri dijadual hadir kira-kira pukul 8.30 malam ini.

Sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan, dan dari semasa ke semasa akan membincangkan perjalanan kerajaan serta langkah ke hadapan, termasuk berhubung kerjasama politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.