Kelonggaran etika berpakaian buat laporan jika kecemasan

Kelonggaran etika berpakaian buat laporan jika kecemasan

ACRYL Sani Abdullah Sani bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Program Mendaki Bersama Polis Diraja Malaysia di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Etika berpakaian bagi orang ramai membuat laporan di balai polis boleh diberi kelonggaran berdasarkan jenis kecemasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, etika berpakaian untuk orang awam berurusan di balai polis adalah berdasarkan arahan Ketua Setiausaha Negara.

“Kita mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa orang ramai yang berurusan di pejabat kerajaan dalam keadaan yang tertib dan sopan.

“Kita boleh membuat kelonggaran (etika berpakaian) berdasarkan jenis kecemasan yang dihadapi pengadu ketika membuat laporan di balai polis,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Mendaki Bersama Polis Diraja Malaysia di Taman Persekutuan Bukit Kiara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian seorang wanita berang selepas dihalang daripada memasuki Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana memakai seluar pendek di atas paras lutut pada Isnin.

Menurutnya, pengadu difahamkan memakai seluar pendek, anggota polis yang bertugas telah menasihatinya menukar pakaian yang lebih sopan.

“Mungkin telah berlaku salah faham dalam kejadian itu,” ujarnya. 

Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan dilaporkan berkata, wanita berusia lingkungan lewat 30-an berkenaan hadir ke IPD Kajang untuk membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya.

Anggota polis mendapati wanita berkenaan memakai seluar pendek paras paha iaitu di atas paras lutut dan telah menasihatinya supaya menukar seluar yang lebih sesuai selaras etika pemakaian di premis kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya