Kelantan sedia hadapi PRN bila-bila masa - Utusan Malaysia

Kelantan sedia hadapi PRN bila-bila masa

AHMAD Yakob (tengah) sempat bersalam dengan hadirin pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagaimanapun belum menyatakan secara jelas tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tempoh akhir bagi DUN Kelantan adalah pada 26 Jun dan mungkin tempoh terakhir pembubaran DUN adalah pada bulan tersebut. Jadi saya rasa PRN boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kerana kita telah bersedia untuk menghadapinya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Mengulas pertemuan menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri yang akan mengadakan PRN, beliau menjelaskan, ia mungkin bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu depan.

Katanya, kesemua menteri besar akan memainkan peranan sebagai penasihat kepada raja-raja dari negeri masing-masing pada ketika itu.

“Sudah menjadi kebiasaan menteri-menteri besar dan ketua menteri bertemu pada ketika itu dan mungkin kita adakan perbincangan secara tidak langsung berkenaan PRN. Ia lebih kepada mencari kata sepakat untuk tarikh sesuai bagi pembubaran DUN membolehkan PRN diadakan secara bersama bagi kesemua enam negeri berkenaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kelantan bersetuju menyalurkan bantuan RM100,000 kepada Turkiye dan Syiria.

“Ia sebagai tanda soladiriti kita kepada rakyat di kedua-dua negara yang berdepan bencana gempa bumi sehingga membabit lebih 40,000 kehilangan nyawa. Sememangnya kita sangat bersimpati tambahan dengan jumlah korban yang sangat besar. Jadi kerajaan negeri turut menyumbang walaupun jumlahnya tidak seberapa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya