KBS tidak janji dapat bantu MSDeaf - Menteri - Utusan Malaysia

KBS tidak janji dapat bantu MSDeaf – Menteri

KBS MSDeaf
HANNAH Yeoh (tengah) bergambar bersama pemenang pertandingan mencipta logo MOA pada perasmian logo baharunya di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendakwa tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi memenuhi permohonan semua persatuan sukan di negara ini termasuk Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia Ke-4 pada September ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan berusaha membantu MSDeaf, namun tidak memberi jaminan kementeriannya akan memenuhi permohonan persatuan tersebut untuk menganjurkan temasyanya di negara ini.

“Saya menerima banyak surat daripada pelbagai persatuan sukan yang memohon peruntukan bagi menguruskan persatuan mereka. (Untuk isu MSDeaf) saya tak janji kementerian boleh bagi peruntukan tapi saya akan cuba,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian logo baharu Persatuan Olympian Malaysia (MOA), hari ini.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan MSDeaf masih tidak cukup dana bagi menganjurkan kejohanan berkenaan, dengan kos penganjurannya dianggarkan sekitar RM6 juta.

Menurut Presiden MSDeaf, Ong Shin Ruenn, persatuannya hanya mampu mengumpul RM3 juta hasil wang penyertaan pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan.

Dalam pada itu, Hannah menambah, KBS kini sedang mencari formula baharu bagi mencari dana atau tajaan untuk penganjuran temasya sukan dalam negara ini.

“Saya ambil contoh penganjuran Sukan Malaysia (Sukma). Kalau dahulu, Kerajaan Persekutuan bagi peruntukan kerajaan negeri untuk anjur Sukma dan bina infrastruktur untuk temasya itu.

“Tetapi selepas pembinaan infrastruktur berkenaan, infrastruktur itu tidak dapat diselenggarakan dengan baik kerana kerajaan negeri tiada duit. Jadi sebab itu, kita perlu cari formula baru untuk cari dana bagi penganjuran temasya sukan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.