PETALING JAYA: Persoalan siapa ‘Kamal’ dan ‘Mariam’ yang sohor di media sosial terutama dalam kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akhirnya terjawab apabila dipercayai berkaitan dengan ujian mendengar Bahasa Inggeris yang berlangsung kelmarin. Menerusi pemerhatian Utusan Malaysia di media sosial, kedua-dua nama itu sohor bukan sahaja di media sosial Twitter, tetapi juga TikTok setelah calon SPM berkenaan merungut dengan audio perbualan Kamal dan Mariam yang kurang jelas ketika ujian…










