Kakitangan kontrak hotel dituduh rogol dua rakan sekerja  - Utusan Malaysia

Kakitangan kontrak hotel dituduh rogol dua rakan sekerja 

MAHKAMAH Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan kontrak sebuah hotel dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol dua rakan sekerja, hujung tahun lalu.

Tertuduh, Wan Tazilah Wan Harun, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 18 tahun tujuh bulan di sebuah hotel di sini antara pukul 6.30 petang sehingga 10 malam pada 27 Disember 2022.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Wan Tazilah didakwa mengulangi perbuatan itu ke atas seorang lagi mangsa yang berumur 16 tahun tiga bulan di lokasi, masa dan tarikh sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK).

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.