LONDON: Pelakon Hollywood, Jude Law, 50, dilaporkan menimang cahaya mata ketujuh selepas dilihat menolak kereta dorong bayi di Lapangan Terbang Heahtrow, baru-baru ini.
Bayi tersebut merupakan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Phillipa Coan, 35, yang didirikan pada 2019.
Law sebelum itu membuat pengakuan menyambut kelahiran anak keenam pada September 2020 ketika ditemu bual Jimmy Fallon dalam The Tonight Show pada Disember 2020.
Pasangan itu berkahwin di Old Marylebone Town Hall di London, seterusnya meraikan hari bahagia mereka di Mayfair, tiga bulan selepas pelakon tersebut mengumumkan pertunangan.
Dalam temu bual tersebut, Law ditanya mengenai rutin harian semasa kuarantin ketika pandemik Covid-19 berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berkebun, selain mempunyai bayi baharu.
Law sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Sadie Frost, tetapi bercerai pada 2003. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Rafferty, 26, Iris, 22 dan Rudy, 20.
Pelakon The Talented Mr. Ripley itu turut mempunyai anak perempuan berusia 13 tahun, Sophia melalui perkahwinan dengan Samantha Burke, selain Ada, 7, hasil perkongsian hidup dengan komposer, Catherine Harding.-AGENSI