Jual murah kerana amal jariah

Jual murah kerana amal jariah

MUSTAFA Moidu menjual makanan berharga antara RM5 ke RM6 sejak lebih 10 tahun lalu di Restoran HM Curry House, Bandar Baharu Inderapura, Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Restoran mamak HM Curry House yang beroperasi di Bandar Baharu Inderapura di sini sejak lebih 10 tahun lalu, sudahpun menjual juadah seketul ayam dan sayur terpilih dengan harga antara RM5 hingga RM6 kepada pelanggan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha premis HM Curry House, Mustafa Moidu, 37, berkata, usaha itu antara amal jariah khususnya untuk membantu pelanggan yang kurang berkemampuan serta pelanggan lain supaya berjimat dengan menentukan bajet untuk berbelanja.

“Apabila kerajaan menguar-uarkan jualan Menu Rahmah bernilai RM5, kami bukan sahaja menyokong usaha ini untuk meringankan perbelanjaan golongan kurang berkemampuan, tetapi sebagai tuntutan agama Islam supaya membantu mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan.

“Apabila mendengar perbualan kalangan pelanggan yang datang makan di sini serta mereka meminta saya menjual makanan murah seperti saranan kerajaan iaitu Menu Rahmah, saya pun bersetuju dan menerima tanggungjawab ini dengan tangan terbuka,” katanya di Bandar Baharu Inderapura di sini semalam.

Menurut Mustafa, sehingga kini pengusaha restoran mamak di bandar Jerantut belum menerima apa-apa arahan pihak berwajib supaya memudahkan mereka membuat persiapan seperti menggantung pemidang sebagai promosi jualan Menu Rahmah kepada pelanggan.

“Menu berkenaan yang saya jual sebelum ini kerana prihatin serta simpati dengan golongan yang berpendapatan rendah dan pelanggan lain yang kerap makan tengah hari dan malam di restoran ini.

“Kebanyakan pelanggan ke sini bukanlah mampu berbelanja menu seperti ikan tenggiri, ikan bawal, ikan kembung, sotong, ketam dan sebagainya kerana harganya agak tinggi memandangkan di pasaran hari ini pun harga ikan basah agak melambung,” katanya.

Ujarnya, dia tertarik dengan program Menu Rahmah kerana penetapan harga kekal RM5 memberikan keselesaan pemilik restoran menyediakan hidangan makanan yang berpatutan tanpa ragu-ragu sebagai amal jariah untuk pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya