Jawi bekerjasama polis siasat isu al-Quran dibuang

Jawi bekerjasama polis siasat isu al-Quran dibuang

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang bekerjasama dengan pihak polis dalam menyiasat isu pembuangan al-Quran di ibu negara semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kedua-dua pihak itu akan membuat siasatan di bawah bidang kuasa masing-masing malah siasatan lanjut oleh pihak polis akan dimaklumkan juga kepada Jawi.

Kes tersebut tular tular menerusi media sosial susulan penemuan 13 naskhah al-Quran dalam sebuah longkang di Tasik Murni Jinjang oleh sepasang suami isteri ketika beriadah yang kelihatan terkeluar daripada sebuah beg berwarna biru sebelum segera dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran untuk mengaibkan Islam dan Seksyen 298A kanun sama kerana mudarat keharmonian.

Kesemua naskhah kitab berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan siasatan selanjutnya dan meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian tersebut dan berharap tindakan tegas boleh dikenakan kepada pihak didapati terlibat.

“Mereka yang sengaja memalukan perbuatan terbabit akan dikenakan hukuman setimpal berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa ketika ini,” katanya.

Pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ujar beliau, namun merakamkan penghargaan dan memuji tahap keprihatinan tinggi orang ramai yang turut tampil bekerjasama termasuk ahli-ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan komuniti yang menangani isu tular tersebut dengan penuh berhemah sebagai tanda menghormati kemuliaan al-Quran.

Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat Islam sentiasa memelihara kesucian kitab itu sepanjang masa dan mematuhi kaedah sebenar pelupusan dengan cermat yang boleh dirujuk pihak jabatan agama Islam negeri demi menjaga naskhah dan ayat-ayat suci berkenaan.

Pihak jabatan beliau juga akan terus mempertingkatkan banyak program penerangan dan pendidikan berkaitan kaedah betul pelupusan al-Quran bagi dijadikan rujukan umat Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.