Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden

Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 5 petang tadi, tiada borang pencalonan yang dihantar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia sekali gus menunjukkan yang bekas Perdana Menteri itu tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya sebelum ini.

“Ya,” jawab Ismail kepada satu laporan media, hari ini.

Menurut laporan media itu lagi, Ismai Sabri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

Tarikh akhir pencalonan bagi pemilihan UMNO telah berakhir hari ini, di mana pemilihan bagi jawatan naib presiden, jawatan majlis tertinggi dan jawatankuasa bahagian pada 18 Mac ini.

Selain Ismail Sabri, dua lagi penyandang iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menghantar borang pencalonan bagi jawatan Naib Presiden UMNO, sekali gus mempertahankan jawatan berkenaan.

Jawatan itu bakal direbut beberapa pemimpin UMNO lain termasuklah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu juga, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Datuk Seri Reezal Merican turut merebut jawatan yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×