Inisiatif TnG tidak cukup atasi masalah sedia ada - KPDN

Inisiatif TnG tidak cukup atasi masalah sedia ada – KPDN

TnG melaksanakan proses bayaran balik segera kepada pengguna bagi baki kad dan meningkatkan advokasi berkaitan fungsi Kad Visa TnG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berpandangan inisiatif diambil syarikat Touch ‘n Go (TnG) bagi mengatasi aduan orang ramai berkaitan isu kad TnG masih belum mencukupi.

KPDN berkata, sesi libat urus seterusnya akan memberi tumpuan kepada pelan tindakan jelas terutama dari segi tempoh masa yang ditetapkan dan aktiviti-aktiviti secara lebih terperinci.

Menurutnya, KPDN juga akan terus memantau dan memastikan isu-isu yang dibangkitkan ini diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, hasil sesi libat urus Pasukan Petugas Khas diketuai Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd. Yusof telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan segera oleh syarikat TnG dalam tempoh seminggu.

Antaranya ialah penambahan bilangan kad TnG sehingga 3.5 juta pada tahun ini berbanding 2.68 juta kad pada tahun 2022 selain melaksanakan notifikasi sebulan lebih awal bagi kad tamat tempoh.

Selain itu, KPDN berkata, TnG juga akan melaksanakan proses bayaran balik dengan kadar segera kepada pengguna bagi baki kad dan syarikat juga akan meningkatkan advokasi berkaitan fungsi Kad Visa TnG bagi mengelak kekeliruan pengguna selain menurunkan iklan penjualan kad tidak berdaftar.

“Syarikat TnG mengambil tindakan segera dengan menghantarkan notis rasmi kepada platform e-dagang bagi menurunkan semua iklan penjualan produk TnG yang tidak berdaftar.

“Notis rasmi juga dihantarkan kepada pengendali syarikat minyak, peruncitan dan pengedar sah bagi memastikan mereka mengikuti harga yang ditetapkan termasuk kawalan penjualan satu kad untuk setiap pelanggan,” katanya.

Sebelum ini, KPDN menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu (TnG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.

Antara aduan yang diterima kebanyakannya melibatkan rebat kad dan kad prabayar TnG yang gagal diaktifkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya