Ibu maut, anak cedera dilanggar motosikal

Ibu maut, anak cedera dilanggar motosikal

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut manakala anaknya cedera ringan selepas dilanggar motosikal di Jalan PJS 2/2 berhampiran sebuah sekolah rendah di Taman Dato Harun 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, wanita berusia 37 tahun itu bersama anaknya berusia 10 tahun melintas jalan di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua beranak itu dilanggar sebuah motosikal jenis Honda yang melalui jalan berkenaan. 

“Pelanggaran itu menyebabkan wanita terbabit parah di kepala, manakala anaknya luka di bahagian bibir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, semalam.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN