Ibnor Riza kembali stabil - Utusan Malaysia

Ibnor Riza kembali stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, 62, dilaporkan kembali stabil dan dipindahkan ke ke wad biasa selepas ditidurkan, Ahad lalu.

Isterinya, Sarimah Sulaiman berkata, Ibnor juga sudah sedar dan boleh bertutur selepas dilaporkan pengsan sehingga dikejarkan ke hospital.

“Alhamdulillah, abang sudah dipindahkan ke wad biasa. Keadaan dia juga semakin stabil. Dia sudah boleh makan menerusi saluran tiub. Setakat ini, dia dibenarkan minum susu sahaja.

“Keadaan dia lebih baik daripada semalam. Sudah sedar dan boleh bercakap. Dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tiga kali pengsan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Januari lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas dan hampir pitam.

Penyanyi itu juga dilaporkan mengalami masalah kesihatan lain seperti menanggung pelbagai penyakit serentak seperti kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol tinggi.

Tambah Sarimah, suaminya masih dalam pemantauan doktor dan hanya seorang pelawat dibenarkan pada satu-satu masa.

“Ahli keluarga dan pihak hospital bersetuju untuk menghadkan satu pelawat (keluarga) sahaja pada satu-satu masa,” ujarnya.

Sarimah juga memohon peminat, rakan artis dan mereka yang mengenali Ibnor untuk terus mendoakan kesembuhan segera buat penyanyi tersebut.

“Terima kasih di atas doa semua. Terus doakan suami saya kuat dan diberi kesembuhan segera,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya