Ibadat agama tidak pernah ganggu prestasi atlet - Hannah Yeoh - Utusan Malaysia

Ibadat agama tidak pernah ganggu prestasi atlet – Hannah Yeoh

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan dengan perkara itu tidak pernah menjadi satu masalah di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan bekas pemain badminton, Bong Guang Yik kerana mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman di dalam akaun media sosialnya walaupun meminta maaf di atas tindakan itu.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan oleh lelaki tersebut.

“Saya ulangi pendirian sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di aplikasi TikTok berdurasi 1 minit 17 saat, Guang Yik yang kini menetap di China mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengamalkan sikap layanan berat sebelah kerana dikuasai oleh orang Melayu dan ibadat solat lima waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam antara punca kelemahan pengurusan tertinggi BAM menghasilkan keputusan yang positif untuk negara.

Selain itu, bekas pemain tersebut dalam satu video sama mendakwa bahawa prestasi pemain negara merudum pada Terbuka Malaysia 2023 kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu selain menyentuh sensitiviti umat Islam.

BAM mengambil tindakan selanjutnya dengan mengutuskan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA) untuk menggesa badan induk itu tidak meneruskan khidmat Guang Yik sebagai jurulatih di salah sebuah kelab di negara tersebut.

Persatuan itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bekas pemainnya yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman di dalam akaun media sosialnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.