Hutang Malaysia berada pada tahap membimbangkan - Johari

Hutang Malaysia berada pada tahap membimbangkan – Johari

Goldman Sachs
JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paras hutang hutang negara yang semakin meningkat tidak boleh dipandang ringan, kerana Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada hasil minyak untuk mengekalkan ekonomi.

Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia bertuah kerana kerajaan dapat bergantung kepada sumbangan daripada Petronas semasa ekonominya terjejas ekoran .

“Sebab itu kita baik-baik saja. Tetapi sumber ini tidak kekal selama-lamanya. Jadi inilah sebabnya kita perlu merancang (ekonomi) dengan segera,” kata Johari  dalam temu bual dengan Free Malaysia Today.

Eksport minyak dan gas oleh Petronas menyumbang kepada pendapatan asing Malaysia, dan dividen, cukai dan royalti yang dibayar oleh Petronas menyediakan kira-kira 25 peratus daripada hasil kerajaan persekutuan.

Johari berkata, hutang negara tidak boleh dipandang ringan walaupun Malaysia dikurniakan sumber asli kerana peningkatan tahap hutang kerajaan adalah gejala ekonomi yang lemah, seperti yang dialami oleh Sri Lanka.

Beliau berkata, Sri Lanka tidak dapat membayar hutangnya atau mengimport barangan keperluan, mengakibatkan kekurangan makanan dan bahan api, selepas Covid-19 memusnahkan ekonomi negara yang bergantung kepada pelancongan itu.

Tahun lepas, Sri Lanka gagal membayar hutang asingnya sebanyak AS$51 bilion (kira-kira RM226 bilion) dan tidak dapat membuat pembayaran faedah sebanyak AS$75 juta, dengan hanya AS$25 juta dalam rizab asing yang boleh digunakan pada masa itu.

“Apabila sesebuah negara tidak menguruskan hutangnya, saya tidak akan terkejut, bukan sahaja Malaysia, tetapi banyak negara lain akan menghadapi masalah yang sama (seperti Sri Lanka),” katanya.

“Kita tidak mempunyai rizab (yang besar) lagi. Negara pengeluar minyak mempunyai rizab yang besar, kita tidak.”

Beliau berkata, jika hutang Malaysia RM1.5 trilion dan defisit belanjawan persekutuan yang terus melebar tidak dipulihkan, ekonomi pasti akan merudum dan menyebabkan penderitaan yang besar kepada generasi akan datang.

Pada Selasa lalu, semasa perbahasan di Dewan Rakyat, Johari berkata, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 8.7 peratus pada 2022 adalah hasil daripada kesan asas rendah pada 2021.

Beliau berkat,a pertumbuhan ekonomi belum pulih ke tahap prapandemik.

Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2021 hanya 3.1 peratus manakala Singapura dan Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi masing-masing sebanyak 7.6 peratus dan 5.7 peratus.

“Jadi sementara negara lain pulih daripada wabak itu dengan cepat, Malaysia tidak,” katanya.

Secara purata, ekonomi Malaysia hanya berkembang 1.9 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Johari berkata, inilah sebabnya mengapa pertumbuhan ekonomi tahun lepas tidak mencerminkan realiti di lapangan.

Beliau berkata, antara kebimbangan terbesarnya ialah pengangguran, berikutan kekurangan pekerjaan berkemahiran tinggi di sektor swasta berbanding bilangan graduan baharu yang dikeluarkan setiap tahun.

“Sejak lima tahun lalu, kira-kira 300,000 orang secara purata telah lulus universiti, tetapi terdapat hanya sekitar 93,000 peluang pekerjaan sektor swasta berkemahiran tinggi setiap tahun.”

Ramai daripada graduan ini akhirnya bekerja di tempat kerja yang tidak berkaitan dengan kelayakan mereka atau di sektor tidak formal, bekerja dalam pekerjaan seperti penunggang penghantaran atau di gerai makanan.

“Jumlah penganggur meningkat daripada 1.3 juta pada 2018 kepada 1.8 juta pada 2022. Terdapat dua juta lagi dalam sektor tidak formal,” katanya sambil menambah bahawa ia adalah kerugian besar kepada ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya