Hukum pelajar terlibat vandalisme dengan aktiviti khidmat masyarakat - Utusan Malaysia

Hukum pelajar terlibat vandalisme dengan aktiviti khidmat masyarakat

TANGKAP layar video yang menunjukkan pelajar merosakkan harta benda sekolah yang tular dalam media sosial yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan di SPS, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan hukuman berbentuk khidmat masyarakat diberikan kepada sekumpulan pelajar yang yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di sebuah sekolah menengah kebangsaan baru-baru ini.

Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow berkata, hukuman itu dapat memberikan pengajaran kepada pelaku supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.

Katanya, tindakan melaporkan kepada pihak polis atau berhenti sekolah hanya akan memusnahkan kemahiran dan masa depan pelajar terbabit.

“CAP berpandangan satu-satunya cara untuk memperbetulkan situasi ini adalah melalui hukuman khidmat masyarakat.

“Diharapkan pelaku akan membaiki segala kerosakan yang telah dibuat dan ibu bapa mereka juga perlu bertanggungjawab menggantikan kelengkapan persekolahan yang musnah dalam kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, aktiviti vandalisme yang dilakukan kumpulan pelajar terbabit tidak mustahil berpunca daripada filem-filem ganas Tamil yang ditayangkan di kaca televisyen.

“Keganasan yang berlaku kelihatan seperti aksi daripada filem-filem Tamil dan menimbulkan rasa malu dalam kalangan kalangan guru dan pelajar berbeza kaum.

“Filem Tamil yang ganas telah mengajar pelaku bersikap kurang ajar dan membuatkan mereka lupa yang mana sekolah umpama tempat ibadat yang perlu dihormati,” katanya.

Terdahulu, tular dua rakaman video di media sosial rakaman video sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah.

Dalam video berdurasi 28 saat dan 58 saat itu, kelihatan sekumpulan pelajar merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya