Hidup kita ada naik turunnya - Sherie Merlis - Utusan Malaysia

Hidup kita ada naik turunnya – Sherie Merlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya okey”

Itu jawapan pelakon, Sherie Merlis tentang keadaannya selepas diuji dengan kehilangan kedua-dua ibu dan bapa pada 2021.

Sherie, dalam satu wawancara, bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk berdepan ujian tersebut.

“Hidup kita ada naik turunnya. Kalau ditanya saya sekarang bagaimana, semua okey. Berjalan seperti biasa,” katanya.

Sherie kehilangan arwah ayahnya akibat serangan jantung, manakala ibu tercinta yang terlantar akibat penyakit Alzheimer meninggal dunia enam bulan selepas itu, pada tahun sama.

Dalam perkembangan lain, Sherie menganggap kerjasama dengan pelakon, Datin Sofia Jane yang juga sahabat baiknya dalam drama terbitan Viu, Nenek Bongkok Tiga sebagai peluang keemasan yang tidak datang selalu.

“Saya gembira kerana setelah sekian lama, akhirnya saya disatukan semula dengan Sofia dalam drama ini.

“Kami bersahabat baik sejak zaman anak dara dan sama-sama bermula dalam industri seni. Namun, apabila sibuk dengan kehidupan masing-masing, kami jarang bertemu dan bekerja dalam filem atau drama.

“Kami serasi dan mudah bekerjasama dalam Nenek Bongkok Tiga. Lebih mengujakan apabila kami berpeluang bergandingan dengan pelakon baharu dalam drama ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya