Harimau kumbang ketiga ditangkap di Gerik - Utusan Malaysia

Harimau kumbang ketiga ditangkap di Gerik

HARIMAU kumbang yang ditangkap Perhilitan Perak di Kompleks Perikanan Darat Banding dekat Pengkalan Hulu, semalam. - UTUSAN/IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor lagi harimau kumbang di Kompleks Perikanan Darat Banding dekat Pengkalan Hulu semalam.

Perhilitan Perak dalam kenyataannya berkata, haiwan tersebut ditangkap pada pukul 8.30 malam di lokasi yang sama tangkapan harimau kumbang kedua, Rabu lalu.

“Harimau kumbang jantan itu ditangkap menerusi operasi kedua dalam masa seminggu. Haiwan itu berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang operasi tangkapan dijalankan.

“Haiwan berkenaan telah pun selamat dilepaskan ke habitat sesuai dengan bantuan kakitangan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC),” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan haiwan liar diminta menyalurkan maklumat ke talian hotline Perhilitan, 1-800-88-5151.

“Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Jabatan Perhilitan yang berhampiran dengan lokasi aduan tersebut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua ekor harimau kumbang berjaya ditangkap oleh Perhilitan Perak di lokasi sama sejak operasi mengesan haiwan berkenaan dilaksanakan Januari lalu.

Kedua-dua haiwan itu telah dipindahkan ke habitat sesuai oleh NWRC Sungkai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.