Hanya 3 negara ASEAN meratifikasi inisiatif AI untuk ketenteraan

Hanya 3 negara ASEAN meratifikasi inisiatif AI untuk ketenteraan

MOHAMAD Alamin ketika menyertai Sidang Kemuncak AI Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan, di The Hague, Belanda. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia bersama dua negara anggota ASEAN, Indonesia dan Singapura telah meratifikasi kecerdasan buatan (AI) untuk penggunaan misi ketenteraan.

Dokumen berkenaan didedahkan Kementerian Luar Belanda selepas tamat Sidang Kemuncak AI Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan, di The Hague semalam.

Baki tujuh negara serantau lain; tidak termasuk Timor-Leste yang baru diterima sebagai bertaraf pemerhati, tidak menyertai ratifikasi itu apatah lagi menghadiri persidangan ini.

Kerajaan Belanda menjadi tuan rumah persidangan itu secara bersama dengan kerajaan Korea Selatan sebagai platform pelbagai pemegang taruh termasuk Malaysia untuk membincangkan isu terkini berkaitan pengaplikasian AI dalam bidang pertahanan disertai lebih 2,000 anggota.

Mohamad ketika berucap mengulangi pendirian Malaysia agar kerjasama pelbagai hala dalam bidang AI diteroka secara bersama dan berhemah untuk keamanan sejagat dan mengalu-alukan peluang supaya semua negara mempelajari antara satu sama lain mengaplikasikan AI.

Menurut Wisma Putra, pada akhir acara itu, sejumlah 60 negara termasuk Malaysia meratifikasi deklarasi sidang kemuncak tersebut antaranya kuasa besar Amerika Syarikat, Britain, China dan Perancis.

Selain hos iaitu Belanda dan Korea Selatan, tidak ketinggalan ialah beberapa negara maju iaitu Australia, Itali, Jerman, Jepun, Kanada, Norway, Portugal, Sweden dan Switzerland.

Turut terlibat sama ialah negara membangun antaranya Azerbaijan, Chile, Jordan, Guatemala, Iraq, Maghribi, Mongolia, Palestin, Rwanda, Tunisia, Turkiye, Yaman dan Zimbabwe.

Walau bagaimanapun, beberapa negara yang dianggap pakar AI ketenteraan seperti Brazil, Cuba, Israel, India, Iran, Pakistan dan Rusia tidak ada termasuk dalam senarai tersebut. – UTUSAN

Kapsyen: MOHAMAD Alamin ketika menyertai Sidang Kemuncak AI Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan, di The Hague, Belanda kelmarin. – Foto ihsan Wisma Putra

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya