Hanis yang sedang jadi mangsa perkauman – Ahmad Fadhli

Hanis yang sedang jadi mangsa perkauman – Ahmad Fadhli

HANIS NADIAH ONN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jujur saya ingin bertanya, kenapa ungkapan ‘mesti bau dalam tu’ boleh difahami sebagai menghina kaum atau bangsa tertentu? Jelas sekali, keputusan menggantung atlet ini sangat keterlaluan! Beliaulah yang sedang menjadi mangsa perkauman.”

Demikian reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas daripada Pas, Ahmad Fadhli Shaari melalui hantaran di Facebooknya terhadap pergantungan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn akibat daripada komennya yang tular sebelum ini.

Ahmad Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Hanis Nadiah sangat keterlaluan memandangkan pemain itu sendiri sudah memohon maaf secara terbuka dan memadam komen yang tular itu.

“Malah, jawatan kuasa siasatan sendiri mengakui bahawa Hanis Nadiah memiliki perwatakan merendah diri serta berdisiplin tinggi sepanjang latihan dan kejohanan. Bahkan jurulatihnya sendiri menyatakan bahawa beliau memiliki ramai rakan-rakan hoki dalam kalangan bangsa India dan mereka bergaul rapat tanpa masalah ekoran sifatnya yang mudah mesra dengan rakan sepasukan.

Ini bermaksud apa yang ditulis langsung tidak mempunyai niat untuk membangkitkan elemen perkauman dan rasis seperti yang didakwa oleh sebahagian netizen,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Hanis Nadiah digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa, termasuk Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini selepas didapati bersalah kerana menulis komen berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer legenda India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Hanis Nadiah mengakui memuat naik komen ‘bau best la kat dalam tu’ beserta emoji ketawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert di akaun Instagramnya.

Ahmad Fadhli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Porfolio Belia dan Sukan Kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN) menggesa campur tangan Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan memandangkan penggantungan tersebut bakal menghancurkan masa depan Hanis Nadiah.

“Tindakan penggantungan ini akan menjejaskan masa depan beliausekali gus menjejaskan peluang skuad negara untuk meraih pingat di dalam Sukan Sea Cambodia 2023.

“Saya menggesa Hannah Yeoh untuk campur tangan dalam isu ini dan penggantungannya wajib ditarik balik. Saya yakin akan bertindak bijaksana di dalam menangani isu ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.