Hak, kedaulatan negara akan terus dipertahan - Utusan Malaysia

Hak, kedaulatan negara akan terus dipertahan

FADILLAH Yusof ketika sidang akhbar selepas melancarkan Program Hari Kanser Sedunia di Klinik Petra Jaya, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan tegas membela hak dan kedaulatan dalam mendepani sebarang tuntutan terhadap aset-aset negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, perkara itu susulan tuntutan oleh kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu terhadap Sabah dan Petronas.

“Kita telahpun mengambil pendekatan secara menyeluruh dan memaklumkan kepada setiap negara yang sudah menandatangani berhubung kait dengan tribunal antarabangsa.

“Sebab itu kalau kita lihat mereka bermula dengan Sepanyol, kemudian membawa ke Perancis, dan kita menang. Tapi dasarnya dari segi kerajaan, apa pun mereka buat kita akan bentangkan dan kita akan membela hak negara kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Hari Kanser Sedunia di Klinik Petra Jaya di sini hari ini.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan juga sedang memberi kesedaran kepada negara-negara Eropah lain yang ada tribunal antarabangsa bahawa tuntutan mereka (kumpulan Sulu) terbabit tidak berasas.

“Tuntutan ini merupakan seolah-olah ingin mengugut negara kita dalam konteks ekonomi. Sebab mereka mungkin ada pembiaya yang melihat kepada peluang untuk mendapat keuntungan, maka itu kita akan melawan mereka.

“Dari segi kerajaan, kita akan terus membela kedaulatan negara kita dari (melalui) Pejabat Peguam Negara, insya-Allah kita akan menang,” tambah beliau.

Terdahulu syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mengesahkan arahan penyitaan terbaharu ke atas dua entitinya di Luxembourg dan juga syarikat induk mereka.

Dua aset Petronas iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus kali pertama disekat pada Julai 2022.

Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu kepada dua anak syarikat Petronas susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka peroleh terhadap aset kerajaan Malaysia.

Petronas sebelum ini menegaskan akan menentang sebarang tuntutan dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang rampasan ke atas aset, termasuk syarikat berkaitan kerajaan daripada dirampas di luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya