Haiza masuk sekolah beri sarapan percuma - Utusan Malaysia

Haiza masuk sekolah beri sarapan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penyampai Buletin FM, Haiza mengambil inisiatif melawat beberapa sekolah di Lembah Klang untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pengambilan sarapan pagi, terutama dalam kalangan pelajar.

Haiza yang ditemani barisan penyampai lain seperti Izwan Azir, Muaz, Marsila Hassan dan Hanif Miswan turut memberi sarapan percuma kepada pelajar di sekolah yang mereka kunjungi.

“Sarapan yang berkhasiat penting untuk perkembangan minda dan tubuh badan. Namun, kita sedar ramai pelajar yang tidak bersarapan sebelum memulakan persekolahan mereka.

“Jadi kempen ini dibuat ini untuk mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan sarapan pagi sebelum memulakan persekolahan.

“Kami datang kepada mereka untuk memberi kesedaran ini,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia.

Kata Haiza, dia gembira dengan sambutan dan maklum balas positif yang diterima terhadap program tersebut.

Katanya, pelajar jelas seronok bertemu dengan barisan penyampai Buletin FM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Hadir ke sekolah adalah peluang yang menyeronokkan. Kehadiran kami menggamit kenangan selepas lama meninggalkan alam persekolahan.

“Paling mengujakan apabila dapat hadir perhimpunan sambil melaungkan Rukun Negara, menyanyi lagu sekolah dan sebagainya,” jelasnya.

Selain memberi sarapan percuma, barisan penyampai yang hadir turut berpeluang berkongsi pengalaman dan motivasi kepada pelajar.

“Barisan penyampai terdiri daripada pelbagai bidang seperti penyampai berita, pengulas sukan dan penyanyi.

“Banyak perkara yang kami kongsikan kepada pelajar dan ibu bapa sempena sesi Buletin FM Beri Breakfast tersebut,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN