Guru boleh diarah hadir bertugas sewaktu cuti sekolah

PARLMEN: Guru boleh diarah hadir bertugas sewaktu cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Guru boleh diarahkan untuk hadir bertugas semasa cuti penggal persekolahan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, ia bagaimanapun tidak boleh melebihi separuh daripada bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut.

Katanya, keputusan itu berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2017 yang memaklumkan arahan hadir bertugas itu meliputi tugasan mengawas peperiksaan, berkursus dan mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan.

“Walaupun ini tugasan luar bukan bersifat rutin yang perlu dilakukan setiap hari, tetapi ini sebahagian daripada tugas guru,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan adakah guru boleh dipanggil bertugas ketika cuti sekolah.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, setakat ini tiada elaun khusus diberikan kepada guru yang melaksanakan tugasan luar bilik darjah termasuk hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hujung minggu.

Bagaimanapun, mana-mana guru layak diberikan tuntutan perjalanan jika diarahkan bertugas di luar sekolah.

“Ini adalah setakat sekarang, tetapi kita akan ambil maklum isu dibangkitkan dan kita akan teliti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya