Gurauan jadi ustaz? Itu satu doa - Rizky Billar

Gurauan jadi ustaz? Itu satu doa – Rizky Billar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Rizky Billar yang pernah mencetuskan kontroversi apabila berdepan dakwaan memukul isterinya kini mendapat jolokan baharu sebagai UMR daripada kawan-kawannya.

UMR merupakan singkatan bagi nama Rizky sekiranya diberi gelaran ustaz, lapor Suara.com.

“Itu hanya gurauan. Sekiranya saya menjadi ustaz, singkatan nama saya adalah UMR iaitu Ustaz Muhammad Rizky.

“Walaupun hanya gurauan, ia juga adalah satu doa,” kata Rizky seperti dipetik dari YouTube Gossip Ceria.

Menurut Rizky, gelaran ustaz adalah kebiasaan di Indonesia, bahkan sering dikaitkan dengan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan.

Rizky berkata, dia menjadikan arwah Ustaz Jefri Al Buchori atau lebih dikenali Uje sebagai idola.

“Sebenarnya, ustaz adalah gelaran bagi mereka yang menyampaikan ilmu seperti arwah Uje yang menjadi idola saya,” kongsinya.

Rizky turut memberitahu, sekalipun pernah terpalit dengan kontroversi, dia menjadikan tokoh Islam, Fudhail bin Iyadh yang pernah merompak tetapi akhirnya bergelar ulama sebagai contoh.

“Amin, amin, siapa tahu kerana. sudah ada contoh mengenai tokoh Islam yang pernah digelar ahli maksiat dan pendosa, namun akhirnya menjadi ulama,” katanya.

Tahun lalu, pergolakan hubungan Rizky dan isterinya yang merupakan penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora meraih tumpuan ramai selepas wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Antara bentuk keganasan yang dilakukan Rizky adalah seperti membaling bola snuker, memukul, menolak dan mencekik isterinya sehingga jatuh ke lantai.

Konflik pasangan itu akhirnya terlerai selepas mereka berdua sepakat memilih jalan damai untuk menyelesaikan masalah yang melanda, selain Lesti menarik balik laporan polis.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN