Gempa: SMART terpaksa laksana SAR dalam unit kecil

Gempa: SMART terpaksa laksana SAR dalam unit kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pertama atau dinamakan MAS-01, yang tiba di Turkiye semalam, terpaksa dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pelbagai lokasi berbeza.

Menurut laporan harian Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Turkiye yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tindakan itu diambil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza di pelbagai lokasi di Gaziantep, Adana dan Istanbul.

Selain itu, menurut laporan itu, seramai 70 orang anggota pasukan kedua SMART atau MAS-10 yang akan berlepas malam ini terdiri daripada 20 anggota pasukan SMART, Nadma, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ketua Pengarah Nadma telah menetapkan agar Komander SMART, Nadma bertindak sebagal Komander Operasi bagi kedua-dua Pasukan MAS-01 dan MAS-10,” katanya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya