Gelagat pelajar Unimap duduki peperiksaan tarik perhatian - Utusan Malaysia

Gelagat pelajar Unimap duduki peperiksaan tarik perhatian

Gelagat pelajar Unimap menduduki peperiksaan akhir semester menarik perhatian dan tular di media sosial di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Gambar gelagat pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang menduduki peperiksaan akhir semester tular di media sosial dan menarik perhatian ramai.

Gambar yang dirakam jurugambar Unimap dan dikongsikan di laman Facebook universiti itu setakat ini telah mendapat hampir 2,000 tanda suka dan hampir 8,000 perkongsian termasuk beberapa laman popular yang berkongsikan gambar itu yang turut dikongsi ribuan pengguna.

Antara gambar yang menarik perhatian adalah memaparkan seorang pelajar lelaki sedang melihat ke atas seolah-olah ‘pasrah’ manakala rakan di belakang pula sedang melihat rakan sebelah yang tekun menjawab soalan peperiksaan.

Gelagat pelajar Unimap menduduki peperiksaan akhir semester menarik perhatian dan tular di media sosial di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau, Perlis.- UTUSAN

Antara gambar lain yang menarik perhatian menyaksikan seorang pelajar wanita sedang ‘termenung’ seolah-olah mencari ilham menjawab soalan peperiksaan tersebut.

Rata-rata pengguna laman sosial yang meninggalkan komen menyifatkan situasi tersebut semenangnya menjadi kelaziman sama seperti mereka ketika menduduki peperiksaan di universiti satu ketika dahulu.

Pengguna juga sempat mengusik di ruangan komen dan mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan tersebut berlangsung di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra di sini semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya