Empat kawasan Taman Negeri Selangor untuk projek ECRL - Exco - Utusan Malaysia

Empat kawasan Taman Negeri Selangor untuk projek ECRL – Exco

Hutan ECRL
EMPAT kawasan Taman Negeri Selangor menjadi sebahagian jajaran pembinaan ECRL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesan bukaan empat kawasan di dalam Taman Negeri Selangor merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.

Semakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mendapati projek landasan itu melibatkan Jajaran Seksyen C iaitu dari Bentong-Gombak-Serendah— Pelabuhan Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, penjelasan itu susulan dakwaan isu pembukaan kawasan hasil penemuan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui pemerhatian imej satelit, baru-baru ini.

“Projek ini umumnya diluluskan oleh jemaah Menteri pada 2 September 2021 dan dipersetujui dalam Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

“Kerajaan Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 November 2021 juya bersetuju dengan Cadangan Pindaan Asal Jajaran Seksyen C tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, media melaporkan pencerobohan hutan berbentuk pembalakan haram dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini.

Perkara itu didedahkan sebuah NGO  dalam laporannya yang menyatakan bahawa Taman Negeri Selangor digazetkan pada 2007 dan adalah Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kedua terbesar di Semenanjung selepas Taman Negara.

Jelas Loy Sian, pelaksanaan projek ECRL itu telah disyaratkan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan. 

“Sebagai rekod, kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Seksyen C2 (Gombak  Serendah — Pelabuhan Klang) telah diperoleh Malaysia Rail Link (MRL) pada 30 November 2021. 

“JPNS juga mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek itu di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai tahun lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, projek itu di kawasan Taman Negeri Selangor sehingga kini sentiasa dikawal supaya mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya