Elak tertekan, Datin Alyah enggan bertanding lagi

Elak tertekan, Datin Alyah enggan bertanding lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menjengah usia 42 tahun, penyanyi, Datin Alyah berusaha untuk sentiasa sihat dengan memastikan diri bebas daripada tekanan.

Disebabkan itu, ujar penyanyi Sesal Separuh Nyawa ini, dia terpaksa mengambil keputusan menolak tawaran stesen televisyen yang mahu dia terbabit dalam program berbentuk pertandingan.

Katanya, zaman bertanding sudah berlalu dalam kamus hidupnya kerana pelbagai cabaran telah ditempuh sejak membabitkan diri dalam bidang nyanyian.

“Apabila ada stesen televisyen menawarkan peluang menyertai pertandingan, memang saya tolak sebab tidak mahu dihimpit tekanan.

“Sudah macam-macam saya rasa, malah menangis di tepi dinding juga pernah. Saya tidak mahu lalui semua itu lagi. Sekarang, saya cuma mahu berseronok dengan apa yang saya lakukan.

“Kalau untuk buat persembahan, saya tiada masalah. Tetapi, untuk pertandingan, banyak yang perlu saya fikir. Dalam keluarga pula ada sejarah sakit jantung, jadi saya tidak mahu perkara itu berlaku lagi,” katanya.

Alyah ditemui pada majlis perlantikannya sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 di Bangi, hari ini.

Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu bakal membuat persembahan sempena Ramadan ini di hotel tersebut pada tarikh tertentu yang akan diumumkan kelak.

Mengulas lanjut, Alyah berkata, alasan untuk tidak menyertai pertandingan juga bukan disebabkan dia takut berdepan komen netizen.

“Kalau tidak masuk pertandingan pun, komen netizen ada di mana-mana. Ini zaman media sosial dan kita tidak boleh kawal orang lain. Kita sebaliknya yang perlu mengawal diri apa yang mahu dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya