Elak lantikan ahli keluarga dalam kerajaan - Rafizi - Utusan Malaysia

Elak lantikan ahli keluarga dalam kerajaan – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan ahli keluarga pemimpin politik dalam kerajaan perlu dielakkan di masa akan datang kerana ia boleh mengundang kontroversi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan, ia akan menimbulkan pertikaian terhadap kredibiliti kerajaan yang mentadbir.

“Ramai orang yang berpendapat pelantikan ini sepatutnya dielakkan.

“Saya fikir untuk perkara seperti ini, pada masa depan, ini adalah sesuatu yang mana-mana kerajaan harus elak,” katanya kepada pemberita ketika hadir sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pandan hari ini.

Bagaimanapun katanya, pelantikan yang dibuat Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak melibatkan bayaran gaji mahupun elaun.

“Pelantikan telah dibuat dan tidak melibatkan wang rakyat. Apa yang kita harapkan sekarang ialah kedua-duanya membuktikan mereka boleh membawa nilai tambah dalam peranan masing-masing,” katanya.

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan mengundang kritikan kerana disifatkan sebagai nepotisme.

Bagaimanapun Anwar menyangkal dakwaan tersebut, sebaliknya mempertahan pelantikan Nurul Izzah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul turut didakwa mengamalkan nepotisme apabila melantik anaknya, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas namun beliau mempertahan pelantikan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.