DUN Batang Kali sah kosong, tiada PRK - Utusan Malaysia

DUN Batang Kali sah kosong, tiada PRK

Batang Kali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali disahkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.

Kawasan tersebut akan diisi menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berjalan serentak bersama enam negeri termasuk Selangor seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan pada pertengahan tahun ini.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, pihaknya menerima pemakluman daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim melalui surat pada 21 Februari lalu.

“Ia berhubung dengan status kekosongan luar jangka kerusi DUN N.07 Batang Kali, Selangor selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 69 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,” katanya dalam satu kenyataan hari ini..

Utusan Malaysia pada minggu lalu melaporkan, kerusi DUN Batang Kali diisytiharkan kosong selepas ADUN bagi kawasan itu, Harumaini Omar dilucutkan sebagai wakil rakyat.

Suee Lim berkata, perlucutan itu adalah Perkara 69 Undang- Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 apabila Harumani tidak hadir tanpa kebenaran speaker pada persidangan DUN dalam tempoh enam bulan berturut-turut tanpa mengemukakan alasan kepadanya.

Sehubungan, itu Ikmalrudin menambah, berdasarkan kepada Bab 5 Perkara 69 (5) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh tersebut, Suee Lim turut memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada PRK Bahagian Pilihan Raya Negeri N.07 Batang Kali Selangor akan diadakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya