Dua mesin ATM bank diletup penjenayah - Utusan Malaysia

Dua mesin ATM bank diletup penjenayah

Letup ATM
ANGGOTA polis menjalankan siasatan kes letupan itu di sebuah bank di Setia Alam, Selangor, awal pagi tadi. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah di sebuah bank di Setia Alam di sini, awal pagi  tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya di lokasi kejadian.

“Ada berlaku kejadian mesin ATM diletupkan penjenayah di Setia Alam.

“Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan dan perkembangan akan dimaklumkan nanti,” katanya hari  ini.

Tinjauan pemberita mendapati sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom turut berada di lokasi berkenaan. 

Kawasan premis perniagaan itu ditutupi garisan polis bagi proses siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya