Dr. Muhamad Akmal buat kejutan tanding Ketua Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Dr. Muhamad Akmal buat kejutan tanding Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr. Muhamad Akmal Saleh membuat kejutan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu pada bulan depan.

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka itu menyatakan hasrat untuk tidak bertanding jawatan berkenaan.

“Alhamdulilah selesai hantar borang untuk menawarkan khidmat saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia petang ni,” katanya dalam Facebook beliau.

Pada minggu lalu, Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan Dr. Akmal kemudian secara terbuka menyokong ketetapan itu.

Hasmuni dikatakan menarik diri kerana dipercayai mahu bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Selain Dr. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah turut menyatakan hasrat bertanding jawatan terbabit, namun beliau perlu berdepan Lembaga Disiplin UMNO pada Khamis ini dipercayai berhubung pelanggaran etika pemilihan parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya