'Dia penyayang macam arwah Siti Sarah’

‘Dia penyayang macam arwah Siti Sarah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio, Shuib mengakui sedang berkawan rapat dengan usahawan, Watie Hanifiah, namun masih meletakkan hubungan mereka pada peringkat mengenali hati budi.

Menyifatkan Watie mempunyai ciri penyayang seperti arwah isterinya, Siti Sarah, keistimewaan yang dimiliki itu menguatkan lagi Shuib untuk membuka pintu hatinya mendekati wanita itu.

Apatah lagi, kata Shuib, ibunya selaku insan paling rapat dalam hidupnya juga merestui hubungan mereka dan selesa dengan Watie.

“Kita buat penilaian berdasarkan pandangan individu paling dekat dan paling kita percaya. Emak saya yang menilai dia dan hati saya kuat mengatakan okey.

“Orang luar akan tetap membuat perbandingan sedangkan arwah Siti Sarah sentiasa saya letakkan di tempat paling terbaik dalam hati ini.

“Sehingga ini, belum ada lagi satu hari yang saya cuba untuk tidak teringatkan arwah. Belum ada,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Kamya Fest di ibu negara, semalam.

Shuib yang juga usahawan mengulas kehadirannya bersama Watie ketika 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre, baru-baru ini.

Tampil berpakaian sedondon serba hitam dan kuning, Shuib mengakui, itu adalah kali pertama dia memberanikan diri keluar berdua bersama Watie.

“Memang saya tahu risiko orang akan bercakap tetapi saya bukan buat benda salah. Selalunya, kalau keluar dengan anak-anak untuk pergi makan. Untuk bawa anak-anak bersama ke konsert tidak sesuai pula,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengakui, dia terasa hati dengan tindakan segelintir netizen ketika mula rapat dengan Watie.

Katanya, dia lebih mengetahui sikap dan perwatakan individu yang dikenalinya itu, berbanding netizen yang mudah memberikan pelbagai pandangan.

“Dia menjaga kakak yang kurang upaya kerana tidak boleh berjalan dan perlu dimandikan setiap hari. Satu hari, saya terfikir siapa akan jaga kalau kita sakit nanti.

“Dari situ, saya buat penilaian sebab dia sudah tunjukkan contoh yang baik dengan menjaga kakak sendiri di rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya